Dia seorang wanita yang sudah tua, namun
semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita masih muda. Setiap tutur
kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang sekitarnya.
Maklum-lah ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap
dalam bentuk syair. Al-Khansa binti Amru demikianlah nama wanita itu. Dia
merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab.
Dia
pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr:
“Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku
pada si Sakhr, malang.
Aku pula masih teringatkan dia setiap mega
hilang di ufuk barat.
Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang
menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku.”
Setelah Khansa masuk Islam, keberanian dan
kepandaiannya bersyair telah digunakannya untuk menye-marakkan semangat para
pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya telah diajar
ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian kesemua puteranya
itu telah diserahkannya untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam.
Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil
lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada
tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur
untuk menentang Farsi. Semua umat Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan
untuk menuju ke medan
perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah
mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang
suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan
perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan
semangat pejuang tentera Islam.
Dengarlah
nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan mara ke medan perang:
“Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih
Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan suka rela pula. Demi
Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah
putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah
mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara maramu, aku
tidak pernah merendahkan keturunan kamu, dan aku tidak pernah mengubah
perhubun-gan kamu. Kamu telah tahu tentang pahala yang disediakan oleh Allah
kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasanya
kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa.”
Kemudian
Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imaran yang bermaksud: “Wahai orang
yang beri-man! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah
kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga kamu menjadi orang yang
beruntung.” Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang
disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata: “Jika kalian
bangun esok pagi, insya Allah, dalam keadaan selamat, maka ke-luarlah untuk
berperang dengan musuh-musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah
per-tolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan
kamu dikelilingi oleh api peperan-gan yang sedang bergejolak masuklah kamu ke
dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya,
semoga kamu akan berjaya mendapatkan balasan di kampung yang abadi, dan tempat
tinggal yang kekal.”
Subuh
esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sholat masing-masing untuk
mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah
memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima
besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap sedia sebaik saja semboyan
perang berbunyi. Perang satu lawan satupun bermula sampai dua hari. Pada hari
ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan
tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan
hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah.
Putera-putera
Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat
dari bondanya, mereka tidak sedikitpun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan
pedang, salah seorang di antara mereka bersyair:
“Hai saudara-saudaraku!
Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu,
telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat.
Semua mutiara yang keluar dari mulutnya
bernas dan berfaedah.
Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa
lagi.”
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang
datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh
yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair:
“Demi Allah!
Kami tidak akan melanggar nasihat ibu tua
kami
Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan
rela hati
Segeralah bertempur, segeralah bertarung
dan menggempur musuh bersama-sama
Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah.
Anak Khansa yang ketiga pula segera
melompat dengan beraninya sambil bersyair:
“Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya,
tetap tegas dan tidak goncang.
Beliau telah menggalakkan kita agar
bertindak cekap dan berakal cemerlang
Itulah nasihat seorang ibu tua yang
mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri
Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk
mempertahankan diri
Dapatkan kemenangan yang bakal membawa
kegembiraan di dalam hati.
Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi
kehidupan yang abadi.”
Akhir sekali anak keempat menghunus pedang
dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun
bersyair:
“Bukanlah aku putera Khansa’, bukanlah aku
anak jantan
Dan bukan pula kerana Amru yang pujiannya
sudah lama terkenal,
Kalau aku tidak membuat tentera asing yang
berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya, dan mus-nah mangsa oleh
senjataku.”
Bergelutlah
keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga
diiringi oleh doa munajat ibondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran
terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau bilau kerana
pihak Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, semen-tara tentera
pejalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera
Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan
bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan
tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi lainnya. Mereka jadi
mangsa gajah sendiri. Kesempatan ini dipergunakan oleh pihak Islam untuk
memusnahkan mereka.
Panglima
perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya merekapun lari
lintang pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air
sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya
sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.Umat Islam lega. Kini
mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung
menemui sya-hid di medan
Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang
syhuhada itu terbujur empat orang adik beradik anak Khansa.
Seketika
itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan
bahawa keempat empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita
itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji
Allah dengan ucapan:
“Segala puji bagi Allah, yang telah
memuliakanku dengan kesyahidan mereka, dan aku mengharapkan dari Tu-hanku, agar
Dia mengumpulkan aku dengar mereka di tempat tinggal yang kekal dengan
rahmat-Nya!”
Al-Khansa
kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan
meninggalkan ma-yat putera-puteranya di medan
pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperangan itu pula wanita penyair ini
mendapat gelaran kehormatan ‘Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang
yang mati syahid.
No comments:
Post a Comment