Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam
Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang
pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air
itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata,
"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku
seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata
Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat
Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa
a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku
setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk
mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku,
berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa
a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang
beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa,
tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s
pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata
kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini
berada di atas gunung.
Setelah
Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada
Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda
itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat
pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah
batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi
Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu
tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa
a.s."
Kemudian
Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia
dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar
setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku,
kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Barangsiapa
yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang
lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada
Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam
beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang
menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah
S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka
lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi
mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi
mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka
lupa untuk bertaubat.
5.
Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
No comments:
Post a Comment