Saleh Al-Muri bercerita, bahwa dia pernah
melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud Alaihissalam.
Perempuan yang telah buta matanya itu
sedang mengerjakan sholat sambil menangis terisak-isak. Setelah selesai sholat
dia mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa :
"Wahai Tuhan Engkaulah tempatku
memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam
mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahasia, serta
setiap getaran batin tidak ada Raja bagiku selain Engkau yang kuharap dapat
menghindarkan bencana yang dahsyat."
Saleh
Al-Muri memberi salam kepada perempuan tersebut dan bertanya: "Wahai Ibu!
Apa yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu?"
"Tangisku yang disebabkan sedihnya
hatiku kerana terlalu banyaknya maksiatku kepada-Nya, dan terlalu sedikitnya
ingatan dan pengabdianku kepada-Nya. Jika Dia mengampunkan aku dan menggantinya
di akhirat nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak
mengampunkan aku, buat apa mata di dunia tetapi akan dibakar di nereka
nanti." Kata perempuan tua itu.
Saleh
pun ikut menangis kerana sangat terharu mendengar hujjah wanita yang
mengharukan itu. "Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu
dari ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya."
Pinta perempuan itu.
Lalu Saleh membacakan ayat yang
artinya: "Dan mereka tidak
menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya."
(Al-An'am: 91)
"Wahai
Saleh, siapakah yang berkhidmat kepada-Nya dengan sebenarnya?" Kata
perempuan itu lalu menjerit kuat-kuat dengan jeritan yang boleh menggoncangkan
hati orang yang mendengarnya. Dia jatuh ke bumi dan meninggal dunia seketika
itu juga.
Pada suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi
berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai baju yang sangat bagus.
Dalam
mimpi tersebut Saleh bertanya: "Bagaimana keadaanmu sekarang?"
Perempuan itu menjawab: "Lebih baik
rohku dicabut, aku didudukkan di hadapan-Nya dan berkata: "Selamat datang
wahai orang yang mati akibat terlalu sedih kerana merasa sedikitnya khidmatnya
kepada-Ku."
No comments:
Post a Comment