Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada
seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia
berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil
menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil
tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu
menangis?"
Maka
berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an
sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu
quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman,
jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan
dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata orang tua itu, "Wahai anak,
janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan
dimasukkan ke dalm api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik,
pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan
api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting
kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah
saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua itu, sambil menangis,
"Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang
dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
No comments:
Post a Comment