Diceritakan dari Ibnu Hajar bahawa
serombongan orang dari kalangan Tabi'in pergi berziarah ke rumah Abu Sinan.
Baru sebentar mereka di rumah itu, Abu Sinan telah mengajak mereka untuk
berziarah ke rumah jirannya.
"Mari ikut saya ke rumah jiran untuk
mengucapkan ta'ziah atas kematian saudaranya." kata Abu Sinan kepada
tetamunya.
Sesampainya
di sana, mereka
mendapati saudara si mati senantiasa menangis karana terlalu sedih. Para tetamu telah berusaha menghibur dan membujuknya agar
jangan menangis, tapi tidak berjaya.
"Apakah kamu tidak tahu bahwa kematian
itu suatu perkara yang mesti dijalani oleh setiap orang?" tanya para
tetamu.
"Itu aku tahu. Akan tetapi aku sangat
sedih kerana memikirkan siksa yang telah menimpa saudaraku itu." jawabnya.
"Apakah engkau mengetahui perkara yang
ghaib?"
"Tidak. Akan tetapi ketika aku
menguburkannya dan meratakan tanah di atasnya telah terjadi sesuatu yang
menakutkan. Ketika itu orang-orang telah pulang, tapi aku masih duduk di atas
kuburnya. Tiba-tiba terdengar suara dari dalam kubur "Ah....ah....Mereka
tinggalkan aku seorang diri menanggung siksa. Padahal aku mengerjakan puasa dan
solat". Jeritan itu betul-betul membuatku menangis kerana kasihan. Aku
coba menggali kuburnya semula kerana ingin tahu apa yang sudah terjadi di
dalamnya. Ternyata kuburan itu telah penuh dengan api dan di leher si mayat ada
rantai dari api. Kerana kasihan kepada saudara, aku cuba untuk melepaskan rantai itu
dari lehernya. Apabila aku hulurkan tangan untuk membukanya, tanganku
terbakar."
Lelaki
itu menunjukkan tangannya yang masih hitam dan mengelupas kulitnya karana kesan
api dari dalam kubur kepada tetamu. Dia meneruskan ceritanya: "Aku terus
menimbun kubur itu seperti semula dan pulang dengan segera. Bagaimana kami
tidak akan menangis apabila mengingati keadaan itu?"
"Apa yang biasa dilakukan oleh
saudaramu ketika di dunia?" tanya teman-teman Abu Sinan.
"Dia tidak mengeluarkan zakat
hartanya." jawabnya.
Dengan jawaban ini, teman-teman Abu Sinan
membuat kesimpulan tentang kebenaran ayat Suci Al-Quran surah Ali Imran yang
artinya:
"Sekali-kali
janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka
dari karunia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya
kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan
dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala
warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu
kerjakan." (Ali Imran, 180)
No comments:
Post a Comment